Untukmu wahai saudariku wanita
muslimah, ingatl ah baik baik akan pesan ini:
1. Dunia ini adalah perhiasan dan
sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2. Apabila perempuan yang memakai
wewangian (Parfum) kemudian ia keluar berjalan diantara kaum lelaki, agar
mereka mencium bau harumnya maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap
matayang memandang itu adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3. Dinikahi wanita itu karana empat
perkara: karana hartanya, karana keturunannya, karana kecantikannya dan kerana
agamanya, maka carilah yang kuat beragama niscaya kamu beruntung.
4. Wanita apabila ia sholat lima waktu,
puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka
masuklah ia dari pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu
Hibban, Thabarani,Anas bin Malik).
5. Perempuan yang berpakaian dalam dan
berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalahseumpama kegelapan di hari
kiamat, tidak ada cahaya baginya. (Riwayat Tarmizi)
6. Apabila lari seorang wanita dari
rumah suaminya, tidak diterima Sholatnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan
tangan kepada suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7. Wanita yang taat pada suami, semua
burung-burung di udara, ikan diair, malaikat di langit, matahari dan bulan
semuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya
(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
8. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah
SAW: Apabila wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti (Memasak) untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan
tangannya dari bakaran api neraka.
9. Tiap-tiap wanita yang menolong
suaminya di dalamurusan agama, maka Allah memasukkanya dalam syurga lebihdahulu
dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka
mendapat pakaian dan bau-bauan syurgauntuk turun ke mahligai suaminyadan
mengadapnya.
10. Ya Fatimah, jika seorang wanita
meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat
kukunya, diberi minum oleh Allah dari air sungai syurga, diiringi Allah baginya
sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman daritaman-taman
syurga serta dicatatkan Allah baginya terbebas
dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul-mustaqi m.
11. Wanita yang berkata kepada suaminya
“tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan
hapuskan amalannya selama70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan
beribadahpada malamnya.
12. Apabila wanita mengandung
janindalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah
mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu
kejahatan.
13. Apabila wanita mulai sakit untuk
bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah
(perangsabil).
14. Apabila wanita melahirkan anak
keluarlah dosa-dosa darinyaseperti keadaan ibunya
melahirkannya..
semoga bisa bermanfaat khususnya buat aku dan semua muslimah di seluruh dunia.. salam cindius edition..