Sekiranya kita cinta kepada
manusia, tak semestinya manusia cinta kepada kita, tetapi sekiranya kita cinta
kepada Allah, niscaya cinta Allah tiada penghujungnya. Sekiranya kita cinta
kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita
cintai, tetapi sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai
orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga.
Ya Allah, andainya dia adalah
jodoh yang ditetapkan olehmu kepadaku, maka campakkanlah dalam hatiku cinta
kepadanya adalah keranaMu, dan campakkanlah dalam hatinya, cinta kepadaku
adalah keranaMu. Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu
kepadaku, berikanlahku kekuatan agar pasrah dalam mengarungi ujian yang Kau
berikan kepadaku.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,agar bertambah
kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Muhaimin, jika aku jatuh
cinta, jagalah cintaku padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu.
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.
Ya Allah, jika aku rindu, jagalah
rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMU.
Ya Allah, jika aku menikmati
cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatuh hati
pada kekasihMu, janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku
merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku
dari cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.